Alhamdulillah,syukur kepada Allah yang masih
memberi kesempatan pada saya untuk mengambil peduli,membuat sesuatu pada blog
yang telah bersawang dan berkusam ini.
Satu visi jangka pendek yang telah lama
dirancang tetapi baru kini teraplikasi. Semasa saya bersembang-sembang dengan beberapa
orang sahabat dan adik-adik usrah saya, ramai yang mengakui dan bersetuju,
gelombang facebook yang mengganas di mana-mana sahaja kini antara penyebab ada
dikalangan kami yang dulunya blogger yang aktif, kini menjadi begitu pasif,
blog terbiar sepi tanpa sebarang update terkini. Facebook sudah menjadi
alternatif mudah,ringkas dan efektif untuk meng'update' status diri. Tak
perlu bersusah payah memerah idea, menyusun ayat yang rapi untuk membuat sebuah
posting di blog, cukup sekadar beberapa ayat ringkas di facebook. Kalau
blog,masakan nak posting satu entry hanya sekadar dengan beberapa ayat
sahaja.Letih orang buka blog kita semata-mata hanya ingin menatap posting yang
berbunyi, "Saya ke Melaka hari ni,doakan perjalanan selamat".
Facebook juga membolehkan kita berinteraksi dengan beratus-ratus orang serentak
dalam masa yang sama berbincang sesuatu isu atau persoalan tanpa ada batasan jaringan.
Saya mungkin antara golongan yang mula
meng'anaktiri'kan
blog tatkala begitu asyik dengan facebook. Fitrah manusia,sukakan sesuatu yang
baru dan lebih mudah. Hendak membuka blog sendiri rasa susah,sampaikan hampir
saja saya terlupa password blog sendiri! Suami saya mencadangkan saya menukar template
blog dan masukkan benda-benda baru dalam blog.Baru akan rasa lebih bersemangat
katanya. Beliau memang "pendesak tegar" saya untuk meng'update'
blog.Saya mencubanya dan hasilnya agak memberansangkan.Saya mula menaip posting
ini sejurus sahaja selesai menukar template blog!
Tiba-tiba saya teringatkan peristiwa Hijrah
Nabi Muhammad S.A.W dan juga peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Dua skrip penting
dalam sejarah Islam yang menjadi 'tipping point' dalam perjuangan
Rasulullah menyebarkan agama Islam. Dua peristiwa yang mendatangkan impak yang
cukup dasyat dalam perjuangan Rasulullan S.A.W. walau hanya sekadar dengan nama
sebuah perpindahan dan perjanjian.
Dalam hidup kita yang hanya sekali ini,jangan
mudah mengalah melakukan sesuatu yang baik,jangan mudah menyerah dalam
perjuangan. Sentiasa mencari jalan dan alternatif untuk sentiasa mampu
menyelesaikan sebarang masalah yang kita hadapi dan bersemangat menempuh
hidup.Perbaharuilah niat,perbaharuilah momentum sebuah perjuangan walau hanya
sekadar dengan menukar template blog!
Saya hanya manusia biasa yang ingin menulis di
blog ini,untuk peringatan dan perkongsian bermanfaat buat diri dan sesiapa yang
sudi.Hakikatnya,kita hidup untuk agenda Allah!